Saturday 4 March 2017

BAB 1 : SEJARAH DAN POLITIK

1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA



LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA.

1.1.1(KESULTANAN MELAYU MELAKA)

  Sejarah awal negara ini telah pun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu . Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di tanah melayu ,sabah dan sarawak telah didiami manusia  sejak zaman prasejarah lagi . Di malaysia  , kewujudan zaman  paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih     kurang 35 ribu tahun  dahulu . Antara petempatan awal manusia adalah di kota   Tampan ,  Perak , Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah . Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitk , zaman Logam  hingga   zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang  pesat di   tanah air sejak sebelum sebelum masihi hinggalah abad  sepuluh yang pertama . Perkembangan ini terus berlaku pada abad-  abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan  kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha , Hindu dan  kemudiannya  Islam .

 

KERAJAAN MELAYU

Kerajaan melayu ialah kerajaan berdaulat dan merdeka dikenali sebagai Malaysia atau Kesultanan negeri-negeri melayu.

Perkembangan kerajaan melayu ini menjadi bukti perkembangan ketamadunan Melayu iaitu akar umbi pembentukan Melayu di Malaysia.

Ia meliputi aspek pemerintahan,perundangan,institusi,social dan ekonomi.

 

KERAJAAN MELAKA

Kerajaan Melayu Melaka  merupakan sebuah kesultanan tertua di Malaysia

Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi contohnya:-

Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Perak.

Kerajaan–kerajaan Melayu yang wujud sebelum kelahiran Kerajaan Melaka ialah :-

-Funan

-Majapahit

-Langkasuka

-Sriwijaya

-Khamer

-Kutai

-Gangga Negara

 

 

PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
 

-Melaka diasaskan pada tahun1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah.

-Melaka juga diasaskan oleh Parameswara ,iaitu seorag putera raja dari Palembang pada tahun 1400.

-Parameswara terpaksa mengundur diri dari Palembang dan berhijrah ke Temasik atau dikenali sebagai Singapura apabila negara itu diserang oleh Majapahit

-Selepas itu, kedudukan Temasik mendorong Paramesawara untuk membunuh Raja Temagi, ialah pemerintahan Temasik ketika itu..

-Paramesawara serta pengikutnya melarikan diri ke Muar apabila mengetahui bahawa kerajaan Ayudhya,Siam yang menjadi penaung Temasik sedang mengatur serangan balas.

-Kemudian, Parameswara serta pengikutnya ke Sening Ujong (Sungai Ujong) setelah mendapati Muar tidak sesuai dijadikan penempatan baharu.

-Akhirnya, parameswara dan pengikutnya sampai ke sebuah perkampungan nelayan di Muara Sungai Bertam,Melaka.

-Asal usul nama Melaka diambil bersempena dengan nama sebatang pokok iaitu “Pokok Malaka”

 PERKEMBANGAN  POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL.

 

Apabila membuka penempatan di Melaka ,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.

Sumber-sumber berhubung sejarah Kesultanan Melaka turut dicatatkan dalam rekod Dinasti Ming, China pada abad ke-15 yang dikenali sebagai:-

Ming Shih

Ming Shih-lu

Ying-yai Sheng- lan

Hsing-cha Sheng-lan.

 

MELAKA KERAJAAN AGUNG

Terkenal sebagai sebuah empayar yang kukuh dari segi pemerintahan.

Menjadi pusat perdagangan dunia.

Tempat penyebaran agama.

Penyebaran ilmu dan perkembangan bahasa.

 

FAKTOR KEGEMILANGAN

Faktor semula jadi atau geografi.

Faktor ekonomi.

Faktor politik dan pentadbiran.

Faktor semula jadi yang menyumbang kepada pengukuhan Melaka ialah :-

I)Kedudukan Geografi

ii)Angin Monsun

iii)Sumber Asli- seperti Bumi,Hutan dan Laut.

iv)Orang Laut

 
KEJATUHAN MELAKA

Terselah pada pemerintahan Sultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.

Merosot pada tahun akhir abad ke-15 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

Terdapat dua faktor iaitu faktor dalaman dan luaran.

 

PENDUDUKAN KUASA ASING.

(PORTUGIS)

 

Menawan kota Melaka pada tahun 1511.

Sultan Mahmud dan Raja Ahmad mengundur diri kemudiannya menyambung era Keultanan Melayu.

Wizurai bertanggungjawab menyusun system pentadbiran portugis.

Alfonso De Alburquerque menyusun system pentadbiran di Melaka mengamalkan sistem pentadbiran “militer” atau kententeraan.

Kapten Kota Melaka (dikenali sebagai kapten gabenor selatan)

Membuat dan mengubah sistem pentadbiran:-

a)    Kapal pedagang diwajibkan membayar enam puluh peratus,

b)    Pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang.

c)    Monopoli barang dagangan utama dan membeli dengan harga yang rendah.

 

NAMA PEMERINTAHAN  DAN TAHUN PEMERINTAHAN SULTAN-SULTAN MELAKA.

 

 


BIL
NAMA PEMERINTAH
TAHUN PEMERINTAHAN
1
Parameswara/ Iskandar Syah
 
1400-1414
2
Sultan Megat/Mahkota Iskandar Syah
 
1414-1424
3
Sultan Muhammad Syah
 
1424=1444
4
Sultan Abu Syahid
 
1444-1445
5
Sultan Muzaffar Syah
 
1445-1456
6
Sultan Mansur Syah
 
 
1456-1477
7
Sultan Alauddin Riayat Syah
 
1477-1488
8
Sultan Mahmud Syah
1488-1510 & 1513-1528
9
Sultan Ahmad Syah
 
 1510-1513



 
 



                 JAWATAN
                 FUNGSI
                
 
               Bendahara
Beliau merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja.Beliau mestilah berketurunan raja dan pertalian rapat dengan raja. Bedahara boleh bertindak Ketua Hakim sekiranya raja tiada.
 
 
 
              Penghulu Bendahara
Beliau adalah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan Negara, Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri.Beliau juga menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar.
 
 
               Temenggung
Beliau berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang ,peraturan negeri dan keselamatan.Beliau juga digelar  Ketua Polis Negara.
 
 
                Laksamana
Jawatan ini agak baharu berbanding jawatan yang lain. Tokoh pertama yang menyandang jawatan ini adalah Hang Tuah,iaitu semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah .laksamana juga merupakan pahlawan dalam peperangan terutama di laut.

 

WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

 Warisan Kesultanan Melayu Melaka

 
Johor

 
Selepas Melaka diserag Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah dan anaknya, Sultan Ahad Shah bersama sama pngikut mereka telah melairkan diri ke Ujong Tanah (dikenali sebagai Johor). Mereka membuat perancangan untuk menawan semula Melaka tetapi perancangan tersebut telah diketahui oleh Portugis. Kemudian mereka berundur ke Pahang dan akhirnya behijrah ke Bentan. Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Syah, Sultan Mahmud Syah melantik puteranya sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.

Selepas Raja Ali (putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah) dilahirkan Raja Ali telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai 'Sultan Muda' atas permainan Raja Fatimah. Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas. Sultan Muzaffar yang disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak dengan gelaran Sultan Muzzafar Syah.

Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan kemudiannya beundur ke Kampar, Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh Portugis pada tahun 1526. Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. Raja Ali pula ditabalkan sebagai penggantin Sultan Mahmud Syah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Kemudian, baginda berpindah ke Pahang dah mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi. Baginda berpindah ke Johor dan membuka penempatan tetap di Hujung Tanah. Dengan itu, Sultan Alauddin Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama.

Waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor telah beberapa kali mengatur serangan untuk menawan semula semula Melaka tetapi gagal. Serangan terbesar gabungan tentera Johor, Perak, Pahang dan Japara (Jawa) juga gagal meruntuhkan kubu Portugis. Pada tahun 1641, Johor telah berjaya membebaskan Melaka daripada jajahan Portugis dengan bantuan Belanda . Namun, Melaka jatuh ke tangan pemerintah Belanda disebabkan tipu daya Belanda.

Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur


Perak

Raja Muzzafar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri Kelantan, Puteri Onang Kening) membawa diri ke Perak setelah disingkirkan daripada menjadi Sultan Johor oleh Raja Ali. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur

Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 pada tahun 1528. Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar menjadi Sultan Perak yang pertama selepas Tun Saban, Pembesar Negeri Perak dan Nakhoda Kassim menghadap Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya Sultan Muzaffar menjadi pemimpin di Perak. Pembesar Perak berpendapat bahawa pemimpin daripada waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak kerana kebesaran, kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh di Tanah Melayu. Sultan Muzzafar menjadikan Tanah Abang sebagai pusat pemerintahan. Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai Perak. Adat istiadat Melaka dan budaya Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.

Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun, sistem perwarisan takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem giliran dan bukan secara turun temurun. Sistem giliran ini membolehkan tiga keluarga iaitu keluarga Y.A.M Raja Bendahara Alang Iskandar Shah, Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan. Apabila sultan tidak dilantik secara automatik bagi menggantinkan sultan yang mangkat, sebaliknya mesti memegang beberapa jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi sultan. Namun, pembesar negeri Perak mempunyai kuasa untuk menentukan calon sultan tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.

Pahang

 Pemerintah negeri Pahang mempunyai perkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Mardiana Nordin (2014) menyatakan bahawa dalam buku Sulalatus Salatin ada diceritakan bahawa Sultan Mansur Syah menghantar anaknya, iaitu Raja Muhammad ke Pahang sebagai hukuman kerana telah membunuh Tun Besar iaitu anak kepada Tun Perak yang merupakan Bendahara Melaka. Pembunuhan ini terjadi apabila bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena dastar kawasan Tun Besar bermain. Di Pahang, Raja Muhammad ditabalkan menjadi Sultan Pahang yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah pada tahun 1470

Pada tahun 1614, Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah dibunuh. Sultan Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang. Apabila Acheh menyerang Pahang pada tahun 1617, Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh sekaligus menamatkan pemerintahan zuriat Sultan Melaka secara langsung di Pahang Perlantikan Raja Bujang sebagai pemerintahan Pahang pada tahun 1615 menandakan bermulanya pemerintahan bagi keturunan Melaka-Johor. Raja Bujang ialah puteri Sultan Alauddin (Johor)

Negeri Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan Kesulatanan Johor-Riau yang meliputi Singapura, Pahang, Riau dan LIngga juga merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kemangkatan Sultan Mahmud Syah II menamatkan pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor dan Pahang.

Seterusnya, tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil alih oleh keluarga Bendahara dimulai dengan Tun Abdul Jalil, iaitu anak kepada Bendahara Tun Abdul Majid dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Daripada keturunan Tun Abdul Majid inilah, Kesultanan Pahang yang baharu telah diasaskan.

1.1.2 KERAJAAN MELAYU BAHARU

Kerajaan Melayu Baharu bermaksud kerajaan yang terbentuk “ seleps zaman kesultanan melayu Melaka “ .

Kerajaan Melayu Baharu terdiri daripada

-Kelantan

 -shah’

-Sultan Ibrahim Shah, pengganti

-Terengganu

-Selangor

-Negeri Sembilan

 

 

Kelantan

Long Yunus menghadapi pertikaian dengan sultan Terengganu

Pada tahun 1795 dan tahun 1800, Terengganu dengan bantuan Patani telah menyerang Kelantan.

Kelantan tewas dalam kedua-dua serangan tersebut.

Kelantan menjamin hubungan diplomatic dengan siam demi mengelakkan ancaman luar dan menjaga kedaulatannya.

Mulai tahun 1818, Kelantan ‘Bunga Emas’ kepada siam setiap tiga tahun sekali.

Kelantan mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis.

Kelantan juga dikenali  sebagai “Negeri Cik Siti Wan Kembang”

 

Terengganu

Kerajaan Terengganu bermula sekitar tahun 1700 hingga 1703 apabila Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga Bendahara Pahang dilantik sebagai raja oleh sultan johor dengan gelaran Sultan Zainal Abidin.

Terengganu merupakan antara negeri terawal menerima pengaruh agama islam.

Buktinya ialah penemuan artifak tembaga purba berulisan ayat al-Qur’an bertarikh 652 Hijrah

 

Selangor

Kerajaan Selangor merupakan kerajaan Melayu Baharu yang muncul pada abad ke-18.

Sultan Selangor adalah berketurunan Bugis.

Menjelang kurun ke-18,kedudukan orang bugis semakin kuat.

Mereka telah melantik Raja Lumu sebagai Raja Selangor.

Raja Lumut kemudianya ditabalkan oleh sultan Mahmud (sultan Perak) sebagai sultan Selangor dengan gelaran ‘sultan salehuddin Sultan Salehuddin Shah telah Berjaya memajukan Selangor.

Kemajuan Selangor sebagai pengeluar bijih timah menyebabkan Belanda menyerang Selangor.

Sultan Ibrahim berundur ke Hulu Selangor, Bernam, dan seterusnya ke Pahang.

 
Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terdiri daripada Sembilan daerah atau luak yang terdiri daripada :

-Sungai Ujong

-Rembau

-Jelebu

-Johol

-Ulu Muar

-Inas

-Gunung Pasir

-Terachi

-Jempol

Keamanan Negeri Sembilan tergugat apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, bermulanya kesultanan Bugis di Selangor, dan kekuatan pengaruh Bugis di Johor.

Hal ini menyebabkan penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon seorang putera dari Sultan Johor untuk mentadbir negeri mereka.

Raja Melewar telah ditabalkan sebagai Yamtuan pada 1773.

Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas raja Lenggang menjadi yamtuan besar.

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU


Kedatangan islam di asia bermula pada abad ke 7

Tersebar melalui peranan perdagang islam yang berdagang di asia

 Agama islam terus berkembang pada zaman khulafah ai rasyidin,kerajaan bani umaiyah,kerajaan bani abbasiyah dan kerajaan islam yang seterusnya.

 
 




FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
 

 
1)Peranan golongan penyebar islam


Golongan bangsawan.golongan mubaligh,pedagang asing,ulama dan ahli sufi


-miliki sifat mahmudah:sopan santun,ikhlas n lemah lembut


-aktiviti dakwah dan perbincangan berkaitan agama islam


2)ciri ciri istimewa :


-tiada konsep paksaan


-bersifat sederhana,


-bertolenransi


-adil dan rasional


 

 

BUKTI PENYEBARAN ISLAM DI TANAH MELAYU
 


1)Batu bersurat bertulisan jawi (kuala berang,Terengganu

2)sebuah batu nisan ,kampong tjg.inggeris berhampiran alor star,kedah

 
PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU

-      Melaka,kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang dan johor  menjadi pusat penyebaran agama islam pada abad ke -15

Agama islam tersebar di Melaka:

-Perkhawinan,penaklukan wilayah,perdagangan dan kegiatan mubaligh atau pendakwahan

-politik,ekonomi dan sosial

-penyebaran islam menyebabkan islam dijadikan sebagai agama yang rasmi,asas sistem pentadbiran Melaka, dan pembentukan undang –undang di melaka.

 Kekuatan agama islam

 

Terdapat dua undang-undang

1)    Hukum kanun Melaka

44 fasal

Isi kandungan –
1)tanggungjawab raja dan pembesar

2)Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat

3)permasalahan ibadah,ekonomi dan undang undgang keluarga
4) Hukuman terhadap kesalahan jenayah mengikut syariat islam

 

2)    Ungang- undang laut

24 fasal

Isi kandungan -
1)hal berkaitan maritime dan perdagangan

     2)    Tugas tugas nakhoda sebagai (imam) dan anak buah kapal (makmum)
 
 
 -mata wang dengan tulisan jawi,digunakan dalam kegiatan ekonomi

Penemuan pada zaman pemerintahan sultan muzaffar,dan zaman sultan zainal abidin shah ii,.ada juga perkataan seperti ‘’khalifahtul mukminin shah’’, ‘’dal johora’’ , ‘‘al adil’’. ‘‘ nasir al dunia wa’l din’’.

 
-      Aspek pendidikan ,Bahasa dan kesusasteraan,cara hidup serta kesenian

-      Penambahan  penulisan karya berbentuk prosa dan puisi

-      Tujuan menaik semangat pahlawan Melaka menentang  portugis.

-      Unsur kesenian terdapat pada seni bina masjid,rumah dan istana

-      Tulisan kraf atau kaligrafi dilihat sebagai hiasan masjid,batu nisan,barangan tembikar,mata wang,pakaian, dan lain lain.

-      Perubahan dari segi Prinsip kepercayaan atau akidah,syariah dan akhlak.

-      Adab menghormati,berziarah dan semangat perpaduan antara anjuran islam dalam kehidupan masyarakat melayu


1.1.4 ZAMAN PENJAJAHAN


-  Tanah melayu telah dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957.

 

PORTUGIS:-

Ø  1511 – 1641 (130 tahun) .

Ø  Portugis datang ke Tanah Melayu  untuk meguasai perdagangan rempah yang dimonopoli oleh perdagang islam .

Ø  Portugis juga ingin mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur serta mengembangkan ajaran Kristian .

Ø  Portugis tertarik dengan Melaka kerana lokasi dan kedudukan yang strategik, di tengah-tengah laluan antara Melaka dan China .

 

SISTEM PENTADBIRAN PERDAGANGAN PORTUGIS:-

Ø  Kapal pedagang WAJIB membayar cukai 6 - 10% daripada hasil  dagangan .

Ø  Setiap pedagang perlu mendpatkan pas kebenaran untuk berdagang .

Ø  Memonopoli barang dagang utama (membeli barang dengan harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi ) .

Ø  Diskriminasi terhadap pedagang Islam .

Ø  Portugis menawan Melaka selama 130 tahun, dari tahun 1511 hingga tahun 1641 .

Ø  Portugis telah berjaya menawan Melaka di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque .

Ø  Alfonso de Albuquerque telah membina kota A Famosa, tujuannya melindungi Melaka daripada serangan Sultan Mahmud .

Ø  Kesan utama peninggalan  Portugis, kewujudan masyarakat  Serani (hasil perkahwinan antara orang Portugis dengan penduduk tempatan), pengenalan tulisan Rumi (Roman) dan penyerapan Bahasa Portugis  dalam bahasa Melayu seperti  ‘jendela’ , ‘almari’ , ‘tuala’ , ‘garfu’ , ‘palsu’ , dan lain-lain .

 
 

BELANDA:-

Ø  1641 – 1941 (183 tahun) .

Ø  Pihak Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTI) atau Vereenigde Oost-Indische Compagnie (VOC) pada 20 Mac 1602 . Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di Betawi (Jakarta), iaitu di Pulau Jawa .

Ø  Pertengahan tahun 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor untuk menyerang Portugis dan menawan Melaka . Selepas berperang selama enam bulan, akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari 1641 . Namun, Belanda menggunakan tipu daya mereka untuk menjadi kuasa penjajah baharu di Melaka selepas Portugis .

Ø  Belanda mendesak Johor menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua kapal yang berlayar  ke utara melalui Selat Melaka hendaklah mendapat kebenaran daripada Belanda . 

 

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU:-



TAHUN
CATATAN
1639
Sultan Muzaffar Shah II(Raja Sulong ) membenarkan Belanda menjalankan perdagangan tiamah di Perak.
 
1640
Belanda menawarkan bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor untuk menyerang  Portugis di Melaka dan menyerahkan Melaka kepada Johor.
 
1641
Belanda mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor (ditipu oleh Belanda kerana ingin memerintah Melaka).
 
1650
Joan Truijtman menandatangani surat perjanjian dengan Sultan  Muzaffar  di Perak:-
Ø  Perak mesti menjual tiamah kepada Belanda dan Aceh.
Ø  Kerajaan Perak hendaklah memberi tanah  kepada Belanda untuk mendirikan loji.
 
1655
Kerajaan Perak perlu membayar wang 50,000 rial kepada Belanda sebagai ganti rugi loji di Tanjung Putus yang dimusnahkan.
 

 



TAHUN
CATATAN
1670
Belanda membina kota kayu di Pulau Pangkor.
 
1775
Belanda mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi.
 
1758
Perjanjian Belanda dangan Bugis supaya Klang, Linggi dan Rembau menjual hasil timah ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.
 
1786
Sultan Ibrahim (Selangor) menandatangani perjanjian dengan Belanda untuk memberikan monopoli timah di Selangor kepada Belanda.
 
1795
Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui surat-surat Kew bagi mengelakkan semua tanah jajahannya jatuh kepada Perancis disebabkan perang Neapoleon di Eropah.
 
1818
British memulangkan semula Melaka kepada Belanda mengikut perjanjian Vienna.
 
1824
Belanda menyerahkan Melaka kepada British mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda (perjanjian London).

 

 

INGGERIS:-

Ø  1600, British membuat persiapan untuk berdagang di timur dengan menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) atau East India Company (EIC).

Ø  British mula datang ke pulauan melayu pada awal abad ke-17.

 

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824:-

Ø  Perjanjian Inggeris-Belanda telah dibuat pada 17 Mac 1824 atas tujuan menamatkan persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu.

SYARAT-SYARAT PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824:-

1.    Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka (serta semua jajahan takluknya) kepada British.

2.    British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu (Bengkulen) dab semua kawasan keupayaan SHTI di sumatera kepada Belanda.

3.    Belanda berjanji tidak campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintahan tempatan di Tanah Melayu.

4.    British dan Belanda bersetuju bekerjasama  dalam urusan perdagangan dan menghapuskan  kegiatan lanun.

 

KESAN-KESAN PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824:- 

a)    Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh.

b)    Perpecahan Empayar Johor-Riau.

c)    Persaingan kuasa antara Belanda dan British semakin sengit.

 

NEGERI-NEGERI SELAT (NNS):-

Ø  Penguasaan British di Tanah Melayu bermula dengan penempatan British di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 dan Singapura pada 6 Februari 1819.

Ø  Pada tahun, 1832 pusat pentadbiran NNS di Pulau Pinang dipindahkan ke Singapura.

Ø  Pentadbiran NNS ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di Calcutta, India.


 

PERLUASAN KUASA:-

Ø  Sejak penubuhan, British tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri melayu. Dasar tidak campur tangan ini disebabkan oleh beberapa factor seperti:-

a)    British menghadapi dahagi (penentangan terhadap pemerintahan) di India.

b)    Bimbang timbulnya konflik dengan Siam yang mendakwa negeri-negeri Melayu di utara adalah di bawah naungannya.

c)    Campur tangan akan meningkatkan kos sekirannya berlaku peperangan.

 

PERISTIWA CAMPUR TANGAN BRITISH:-

a)    Perebutan takhta kesultanan Johor antara Tengku Hussain dengan adiknya Tengku Abdul Rahman.

b)    Penentangan Penghulu Naning, iaitu Abdul Said (Dol Said) terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan yang dikenakan British ke atas penduduk Naning.

c)    Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam pada 20 Jun 1826 yang membenarkan para perdagang British menjalankan urusannya di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancaman Siam.

 

SISTEM RESIDEN:-

Ø  Sistem residen telah diperkenalkan di Tanah Melayu semasa perjanjian Pangkor, iaitu pada 20 Januari 1874.

Ø  Perjanjian Pangkor merupakan permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu.

 

 

MASALAH KEMASUKAN RESIDEN DI TANAH MELAYU:-

a)    Perang saudara antara pembesar dalam perebutan takhta dan kawasan.

b)    Pergaduhan antara kongsi gelap.

c)    Kegiatan lanun di Selat Melaka.

 

JEPUN:-

Ø  Perang Dunia Kedua bermula di Eropah apabila tentera  Nazi Jerman menyerang Poland pada bulan September 1939. Seterusnya, Jerman berjaya menakluki Belanda dan Perancis menjelang pertengahan tahun 1940.



  

Kuasa Berikat/Bersekutu


·         Britain


·         Perancis


·         Rusia


·         Amerika Syarikat

 

 

Kuasa Paksi/Pusat


  • Jerman
  • Austria
  • Itali
  • jepun




 
 
 
Ø  Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat  di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu pada 8 Disember 1941.

Ø  Pertahanan laut British menjadi lemah, terutamanya apabila kapal tentera laut British, iaitu HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang bertugas untuk mengawasi Pantai Timur Tanah Melayu dibom oleh tentera Jepun pada 10 Disember 1941.

 

 

FAKTOR KEJAYAAN JEPUN:-

a)    Persediaan  perang  yang rapi dan teratur oleh Jepun.

b)    Kelengkapan perang yang canggih.

c)    Strategi peperangan yang sesuai.

d)    Pakatan kerjasama dengan Siam.

e)    Jepun menggunakan pelbagai slogan ‘Asia untuk Asia’.

 

GERAKAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU:-

Ø  Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun1930 atas arahan pertubuhan Komunis Antarabangsa yang dipengaruhi oleh Rusia.



Ø  Hanya mendapat sokongan orang cina kerana permusuhan antara Negara China dengan Jepun.


1.2 PROSES KEMERDEKAAN

1.2.1 KESATUAN MALAYA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU






 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 setelah dijajah oleh kuasa asing. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaa Tanah Melayu telah ditadbir oleh British. Tanah Melayu juga telah diduduki oleh Jepun selama 4 tahun dari tahun 1941 hingga 1945. Sebelum mencapai kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan darurau selama 10 tahun disebabkan serangan Parti Komunis Malaya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaaan di Tanah Melayu. Bermula dari tahun 1951 hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

 

 
 

 

LANGKAH LANGKAH DILAKUKAN:

 


-Mengwujudkan Sistem Ahli 1951 .


-Sistem ahli 1951 merupakan usaha penting dalam mewujudkan perpaduan
-Wujud kerjasama antara kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan pada peringkat tertinggi
-Sistem Ahli mestilah berwarganegara Tanah Melayu dan menjalankan tugas-tugas bertaraf menteri.
 -Perkembangan parti politik dan perjuangan kemerdekaan
-Mengadakan pilihan raya.




Antara asas perlembagaan yang dipersetujui





-ketua negara adalah yang diPertuan Agung


-Raja sebagai ketua di negeri masing-masing.


-Keistimewaan orang melayu dijamin oleh perlembagaan.


-Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


-kerakyatan yang sama rata


-Bersidang 118 kali

-Menerima 130 Memorandum

-Memorandom terbaik daripada parti perikatan dan MMR

-Bantahan daripada parti-parti politik, orang perseorangan

-Kemuncak bantahan>kongres kebangsaan Melayu 1957

 

 

1.2.2 PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
 




 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1.3  PEMBENTUKAN MALAYSIA
 
 
Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei
 
1.3.1 IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA
 
 
 
 
1.3.2 REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN
 
WILAYAH DAN NEGARA YANG TERLIBAT

 
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
SINGAPURA
SARAWAK
SABAH
BRUNEI
BRITISH
INDONESIA
FILIPINA
 
 
 
 
1.3.3 PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
 
 
 1.3.4 PENYINGKIRAN SINGAPURA
 
 
 

 

Terdapat 4 punca pertikaian antara Malaysia dengan Singapura iaitu:
  1. Masalah politik
  2. Isu perkauman
  3. Konsep "Malaysian Malaysia"
  4. Masalah ekonomi