1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
LATAR
BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA.
1.1.1(KESULTANAN
MELAYU MELAKA)
KERAJAAN
MELAYU
Kerajaan melayu ialah kerajaan berdaulat dan
merdeka dikenali sebagai Malaysia atau Kesultanan negeri-negeri melayu.
Perkembangan kerajaan melayu ini menjadi
bukti perkembangan ketamadunan Melayu iaitu akar umbi pembentukan Melayu di
Malaysia.
Ia meliputi aspek
pemerintahan,perundangan,institusi,social dan ekonomi.
KERAJAAN
MELAKA
Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan tertua di
Malaysia
Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu
telah wujud zaman pra-Islam lagi contohnya:-
Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Perak.
Kerajaan–kerajaan Melayu yang wujud sebelum
kelahiran Kerajaan Melaka ialah :-
-Funan
-Majapahit
-Langkasuka
-Sriwijaya
-Khamer
-Kutai
-Gangga Negara
PENGASASAN
KESULTANAN MELAKA
-Melaka juga diasaskan oleh Parameswara
,iaitu seorag putera raja dari Palembang pada tahun 1400.
-Parameswara terpaksa mengundur diri dari
Palembang dan berhijrah ke Temasik atau dikenali sebagai Singapura apabila
negara itu diserang oleh Majapahit
-Selepas itu, kedudukan Temasik mendorong
Paramesawara untuk membunuh Raja Temagi, ialah pemerintahan Temasik ketika itu..
-Paramesawara serta pengikutnya melarikan
diri ke Muar apabila mengetahui bahawa kerajaan Ayudhya,Siam yang menjadi
penaung Temasik sedang mengatur serangan balas.
-Kemudian, Parameswara serta pengikutnya ke
Sening Ujong (Sungai Ujong) setelah mendapati Muar tidak sesuai dijadikan
penempatan baharu.
-Akhirnya, parameswara dan pengikutnya sampai
ke sebuah perkampungan nelayan di Muara Sungai Bertam,Melaka.
-Asal usul nama Melaka diambil bersempena
dengan nama sebatang pokok iaitu “Pokok Malaka”
Apabila membuka penempatan di Melaka
,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan
Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.
Sumber-sumber berhubung sejarah Kesultanan
Melaka turut dicatatkan dalam rekod Dinasti Ming, China pada abad ke-15 yang
dikenali sebagai:-
Ming Shih
Ming Shih-lu
Ying-yai Sheng- lan
Hsing-cha Sheng-lan.
MELAKA
KERAJAAN AGUNG
Terkenal sebagai sebuah empayar yang kukuh
dari segi pemerintahan.
Menjadi pusat perdagangan dunia.
Tempat penyebaran agama.
Penyebaran ilmu dan perkembangan bahasa.
FAKTOR
KEGEMILANGAN
Faktor semula jadi atau geografi.
Faktor ekonomi.
Faktor politik dan pentadbiran.
Faktor semula jadi yang menyumbang kepada
pengukuhan Melaka ialah :-
I)Kedudukan Geografi
ii)Angin Monsun
iii)Sumber Asli- seperti Bumi,Hutan dan Laut.
iv)Orang Laut
Terselah pada pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah,Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.
Merosot pada tahun akhir abad ke-15 semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Terdapat dua faktor iaitu faktor dalaman dan
luaran.
PENDUDUKAN
KUASA ASING.
(PORTUGIS)
Menawan kota Melaka pada tahun 1511.
Sultan Mahmud dan Raja Ahmad mengundur diri
kemudiannya menyambung era Keultanan Melayu.
Wizurai bertanggungjawab menyusun system
pentadbiran portugis.
Alfonso De Alburquerque menyusun system pentadbiran
di Melaka mengamalkan sistem pentadbiran “militer” atau kententeraan.
Kapten Kota Melaka (dikenali sebagai kapten
gabenor selatan)
Membuat dan mengubah sistem pentadbiran:-
a) Kapal
pedagang diwajibkan membayar enam puluh peratus,
b) Pedagang
perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang.
c) Monopoli
barang dagangan utama dan membeli dengan harga yang rendah.
NAMA
PEMERINTAHAN DAN TAHUN PEMERINTAHAN
SULTAN-SULTAN MELAKA.
BIL
|
NAMA
PEMERINTAH
|
TAHUN
PEMERINTAHAN
|
1
|
Parameswara/
Iskandar Syah
|
1400-1414
|
2
|
Sultan
Megat/Mahkota Iskandar Syah
|
1414-1424
|
3
|
Sultan
Muhammad Syah
|
1424=1444
|
4
|
Sultan
Abu Syahid
|
1444-1445
|
5
|
Sultan
Muzaffar Syah
|
1445-1456
|
6
|
Sultan
Mansur Syah
|
1456-1477
|
7
|
Sultan
Alauddin Riayat Syah
|
1477-1488
|
8
|
Sultan
Mahmud Syah
|
1488-1510
& 1513-1528
|
9
|
Sultan
Ahmad Syah
|
1510-1513
|
JAWATAN
|
FUNGSI
|
Bendahara
|
Beliau
merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja.Beliau
mestilah berketurunan raja dan pertalian rapat dengan raja. Bedahara boleh
bertindak Ketua Hakim sekiranya raja tiada.
|
Penghulu Bendahara
|
Beliau
adalah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan Negara, Beliau
bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri.Beliau juga menyimpan daftar
hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar.
|
Temenggung
|
Beliau
berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang ,peraturan negeri dan
keselamatan.Beliau juga digelar Ketua
Polis Negara.
|
Laksamana
|
Jawatan
ini agak baharu berbanding jawatan yang lain. Tokoh pertama yang menyandang
jawatan ini adalah Hang Tuah,iaitu semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah
.laksamana juga merupakan pahlawan dalam peperangan terutama di laut.
|
WARISAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Warisan
Kesultanan Melayu Melaka
Johor
Selepas Raja
Ali (putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah) dilahirkan Raja Ali telah
ditabalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai 'Sultan Muda' atas permainan Raja
Fatimah. Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas. Sultan Muzaffar yang
disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak dengan
gelaran Sultan Muzzafar Syah.
Sultan
Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan kemudiannya beundur ke
Kampar, Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh Portugis pada tahun
1526. Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di sana pada tahun
1528. Raja Ali pula ditabalkan sebagai penggantin Sultan Mahmud Syah dengan
gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Kemudian, baginda berpindah ke Pahang dah
mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi. Baginda berpindah ke Johor
dan membuka penempatan tetap di Hujung Tanah. Dengan itu, Sultan Alauddin
Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama.
Waris Kesultanan Melayu Melaka di
Johor telah beberapa kali mengatur serangan untuk menawan semula semula Melaka
tetapi gagal. Serangan terbesar gabungan tentera Johor, Perak, Pahang dan
Japara (Jawa) juga gagal meruntuhkan kubu Portugis. Pada tahun 1641, Johor
telah berjaya membebaskan Melaka daripada jajahan Portugis dengan bantuan
Belanda . Namun, Melaka jatuh ke tangan pemerintah Belanda disebabkan tipu daya
Belanda.
Perubahan
daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku
pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh
Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh
Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka
penempatan baharu di Panchur
Perak
Raja
Muzzafar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri Kelantan, Puteri Onang Kening)
membawa diri ke Perak setelah disingkirkan daripada menjadi Sultan Johor oleh
Raja Ali. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perubahan daipada pewarisan
Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku pada tahun 1699,
iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh Laksamana Megat
Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul
Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu
di Panchur
Perak
yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 pada tahun 1528. Ada juga
pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar menjadi Sultan Perak yang
pertama selepas Tun Saban, Pembesar Negeri Perak dan Nakhoda Kassim menghadap
Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya Sultan
Muzaffar menjadi pemimpin di Perak. Pembesar Perak berpendapat bahawa pemimpin
daripada waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak kerana
kebesaran, kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang
berpengaruh di Tanah Melayu. Sultan Muzzafar menjadikan Tanah Abang sebagai
pusat pemerintahan. Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai Perak.
Adat istiadat Melaka dan budaya Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.
Perak
mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun, sistem perwarisan
takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem Kesultanan Melayu Melaka.
Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem giliran dan bukan secara turun
temurun. Sistem giliran ini membolehkan tiga keluarga iaitu keluarga Y.A.M Raja
Bendahara Alang Iskandar Shah, Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar
Shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak
untuk menaiki takhta kerajaan. Apabila sultan tidak dilantik secara automatik
bagi menggantinkan sultan yang mangkat, sebaliknya mesti memegang beberapa
jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi sultan. Namun, pembesar negeri Perak
mempunyai kuasa untuk menentukan calon sultan tanpa mengikut giliran yang
ditetapkan.
Pahang
Pada tahun
1614, Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah dibunuh. Sultan Ahmad
dilantik sebagai Sultan Pahang. Apabila Acheh menyerang Pahang pada tahun 1617,
Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh sekaligus menamatkan pemerintahan
zuriat Sultan Melaka secara langsung di Pahang Perlantikan Raja Bujang sebagai
pemerintahan Pahang pada tahun 1615 menandakan bermulanya pemerintahan bagi
keturunan Melaka-Johor. Raja Bujang ialah puteri Sultan Alauddin (Johor)
Negeri
Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang ditabalkan sebagai Sultan
Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan Kesulatanan Johor-Riau yang
meliputi Singapura, Pahang, Riau dan LIngga juga merupakan warisan daripada
Kesultanan Melayu Melaka. Kemangkatan Sultan Mahmud Syah II menamatkan
pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor dan Pahang.
Seterusnya, tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil
alih oleh keluarga Bendahara dimulai dengan Tun Abdul Jalil, iaitu anak kepada
Bendahara Tun Abdul Majid dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.
Daripada keturunan Tun Abdul Majid inilah, Kesultanan Pahang yang baharu telah
diasaskan.
1.1.2 KERAJAAN MELAYU BAHARU
Kerajaan Melayu Baharu bermaksud kerajaan
yang terbentuk “ seleps zaman kesultanan melayu Melaka “ .
Kerajaan Melayu Baharu terdiri daripada
-Kelantan
-shah’
-Sultan Ibrahim Shah, pengganti
-Terengganu
-Selangor
-Negeri Sembilan
Kelantan
Long Yunus menghadapi pertikaian dengan
sultan Terengganu
Pada tahun 1795 dan tahun 1800, Terengganu
dengan bantuan Patani telah menyerang Kelantan.
Kelantan tewas dalam kedua-dua serangan
tersebut.
Kelantan menjamin hubungan diplomatic
dengan siam demi mengelakkan ancaman luar dan menjaga kedaulatannya.
Mulai tahun 1818, Kelantan ‘Bunga Emas’
kepada siam setiap tiga tahun sekali.
Kelantan mengeluarkan wang emas yang
dinamakan dinar dan wang pitis.
Kelantan juga dikenali sebagai “Negeri Cik Siti Wan Kembang”
Terengganu
Kerajaan Terengganu bermula sekitar tahun
1700 hingga 1703 apabila Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga
Bendahara Pahang dilantik sebagai raja oleh sultan johor dengan gelaran Sultan
Zainal Abidin.
Terengganu merupakan antara negeri terawal
menerima pengaruh agama islam.
Buktinya ialah penemuan artifak tembaga
purba berulisan ayat al-Qur’an bertarikh 652 Hijrah
Selangor
Kerajaan Selangor merupakan kerajaan Melayu
Baharu yang muncul pada abad ke-18.
Sultan Selangor adalah berketurunan Bugis.
Menjelang kurun ke-18,kedudukan orang bugis
semakin kuat.
Mereka telah melantik Raja Lumu sebagai
Raja Selangor.
Raja Lumut kemudianya ditabalkan oleh
sultan Mahmud (sultan Perak) sebagai sultan Selangor dengan gelaran ‘sultan
salehuddin Sultan Salehuddin Shah telah Berjaya memajukan Selangor.
Kemajuan Selangor sebagai pengeluar bijih
timah menyebabkan Belanda menyerang Selangor.
Sultan Ibrahim berundur ke Hulu Selangor,
Bernam, dan seterusnya ke Pahang.
Negeri Sembilan terdiri daripada Sembilan
daerah atau luak yang terdiri daripada :
-Sungai Ujong
-Rembau
-Jelebu
-Johol
-Ulu Muar
-Inas
-Gunung Pasir
-Terachi
-Jempol
Keamanan Negeri Sembilan tergugat apabila
Melaka jatuh ke tangan Portugis, bermulanya kesultanan Bugis di Selangor, dan
kekuatan pengaruh Bugis di Johor.
Hal ini menyebabkan penghulu-penghulu di
Negeri Sembilan memohon seorang putera dari Sultan Johor untuk mentadbir negeri
mereka.
Raja Melewar telah ditabalkan sebagai
Yamtuan pada 1773.
Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong
berakhir selepas raja Lenggang menjadi yamtuan besar.
1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU
Kedatangan islam di asia bermula pada abad ke 7
Tersebar melalui peranan perdagang islam yang berdagang di
asia
Agama islam terus berkembang pada zaman khulafah ai
rasyidin,kerajaan bani umaiyah,kerajaan bani abbasiyah dan kerajaan islam yang seterusnya.
Golongan bangsawan.golongan
mubaligh,pedagang asing,ulama dan ahli sufi
-miliki sifat mahmudah:sopan santun,ikhlas n lemah lembut
-aktiviti dakwah dan perbincangan berkaitan agama islam
2)ciri ciri istimewa :
-tiada konsep paksaan
-bersifat sederhana,
-bertolenransi
-adil dan rasional
BUKTI PENYEBARAN ISLAM DI TANAH MELAYU
1)Batu bersurat bertulisan
jawi (kuala berang,Terengganu
2)sebuah batu nisan ,kampong
tjg.inggeris berhampiran alor star,kedah
PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU
-
Melaka,kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang
dan johor menjadi pusat penyebaran agama islam pada abad ke -15
Agama islam tersebar di
Melaka:
-Perkhawinan,penaklukan
wilayah,perdagangan dan kegiatan mubaligh atau pendakwahan
-politik,ekonomi dan sosial
-penyebaran islam menyebabkan
islam dijadikan sebagai agama yang rasmi,asas sistem pentadbiran Melaka, dan
pembentukan undang –undang di melaka.
Kekuatan agama islam
Terdapat dua undang-undang
1)
Hukum kanun
Melaka
44 fasal
Isi
kandungan –
1)tanggungjawab raja dan pembesar
2)Pantang
larang dalam kalangan anggota masyarakat
3)permasalahan
ibadah,ekonomi dan undang undgang keluarga
4) Hukuman terhadap kesalahan jenayah mengikut syariat islam
2)
Ungang- undang
laut
24 fasal
Isi
kandungan -
1)hal berkaitan maritime dan perdagangan
Penemuan pada zaman pemerintahan sultan muzaffar,dan zaman sultan zainal abidin shah ii,.ada juga perkataan seperti ‘’khalifahtul mukminin shah’’, ‘’dal johora’’ , ‘‘al adil’’. ‘‘ nasir al dunia wa’l din’’.
-
Penambahan penulisan karya berbentuk prosa dan puisi
-
Tujuan menaik
semangat pahlawan Melaka menentang
portugis.
-
Unsur kesenian
terdapat pada seni bina masjid,rumah dan istana
-
Tulisan kraf atau
kaligrafi dilihat sebagai hiasan masjid,batu nisan,barangan tembikar,mata
wang,pakaian, dan lain lain.
-
Perubahan dari
segi Prinsip kepercayaan atau akidah,syariah dan akhlak.
-
Adab
menghormati,berziarah dan semangat perpaduan antara anjuran islam dalam
kehidupan masyarakat melayu
1.1.4 ZAMAN PENJAJAHAN
- Tanah melayu telah dijajah
selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957.
PORTUGIS:-
Ø 1511 – 1641 (130 tahun) .
Ø Portugis datang ke Tanah
Melayu untuk meguasai perdagangan rempah
yang dimonopoli oleh perdagang islam .
Ø Portugis juga ingin mengukuhkan
dan meluaskan pengaruhnya di Timur serta mengembangkan ajaran Kristian .
Ø Portugis tertarik dengan Melaka
kerana lokasi dan kedudukan yang strategik, di tengah-tengah laluan antara
Melaka dan China .
SISTEM PENTADBIRAN PERDAGANGAN PORTUGIS:-
Ø Kapal pedagang WAJIB membayar
cukai 6 - 10% daripada hasil dagangan .
Ø Setiap pedagang perlu
mendpatkan pas kebenaran untuk berdagang .
Ø Memonopoli barang dagang utama
(membeli barang dengan harga yang rendah dan menjual dengan harga yang tinggi )
.
Ø Diskriminasi terhadap pedagang
Islam .
Ø Portugis menawan Melaka selama
130 tahun, dari tahun 1511 hingga tahun 1641 .
Ø Portugis telah berjaya menawan
Melaka di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque .
Ø Alfonso de Albuquerque telah
membina kota A Famosa, tujuannya melindungi Melaka daripada serangan Sultan
Mahmud .
Ø Kesan utama peninggalan Portugis, kewujudan masyarakat Serani (hasil perkahwinan antara orang
Portugis dengan penduduk tempatan), pengenalan tulisan Rumi (Roman) dan
penyerapan Bahasa Portugis dalam bahasa
Melayu seperti ‘jendela’ , ‘almari’ ,
‘tuala’ , ‘garfu’ , ‘palsu’ , dan lain-lain .
BELANDA:-
Ø 1641
– 1941 (183 tahun) .
Ø Pihak
Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTI) atau Vereenigde Oost-Indische Compagnie (VOC) pada 20 Mac 1602 . Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di
Betawi (Jakarta), iaitu di Pulau Jawa .
Ø Pertengahan
tahun 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor untuk menyerang
Portugis dan menawan Melaka . Selepas berperang selama enam bulan, akhirnya
Portugis menyerah kalah pada Januari 1641 . Namun, Belanda menggunakan tipu
daya mereka untuk menjadi kuasa penjajah baharu di Melaka selepas Portugis .
Ø Belanda
mendesak Johor menandatangani perjanjian perdagangan yang menetapkan semua
kapal yang berlayar ke utara melalui
Selat Melaka hendaklah mendapat kebenaran daripada Belanda .
PENDUDUKAN
JEPUN DI TANAH MELAYU:-
TAHUN
|
CATATAN
|
1639
|
Sultan Muzaffar
Shah II(Raja Sulong ) membenarkan Belanda menjalankan perdagangan tiamah di
Perak.
|
1640
|
Belanda menawarkan
bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor untuk
menyerang Portugis di Melaka dan
menyerahkan Melaka kepada Johor.
|
1641
|
Belanda
mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor (ditipu oleh
Belanda kerana ingin memerintah Melaka).
|
1650
|
Joan Truijtman
menandatangani surat perjanjian dengan Sultan
Muzaffar di Perak:-
Ø
Perak
mesti menjual tiamah kepada Belanda dan Aceh.
Ø
Kerajaan
Perak hendaklah memberi tanah kepada
Belanda untuk mendirikan loji.
|
1655
|
Kerajaan
Perak perlu membayar wang 50,000 rial kepada Belanda sebagai ganti rugi loji
di Tanjung Putus yang dimusnahkan.
|
TAHUN
|
CATATAN
|
1670
|
Belanda membina kota kayu di Pulau Pangkor.
|
1775
|
Belanda
mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi.
|
1758
|
Perjanjian Belanda dangan Bugis supaya Klang, Linggi
dan Rembau menjual hasil timah ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh
Belanda.
|
1786
|
Sultan
Ibrahim (Selangor) menandatangani perjanjian dengan Belanda untuk memberikan
monopoli timah di Selangor kepada Belanda.
|
1795
|
Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui
surat-surat Kew bagi mengelakkan semua tanah jajahannya jatuh kepada Perancis
disebabkan perang Neapoleon di Eropah.
|
1818
|
British
memulangkan semula Melaka kepada Belanda mengikut perjanjian Vienna.
|
1824
|
Belanda menyerahkan Melaka kepada British mengikut
Perjanjian Inggeris-Belanda (perjanjian London).
|
INGGERIS:-
Ø 1600,
British membuat persiapan untuk berdagang di timur dengan menubuhkan Syarikat
Hindia Timur Inggeris (SHTI) atau East
India Company (EIC).
Ø British
mula datang ke pulauan melayu pada awal abad ke-17.
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824:-
Ø Perjanjian
Inggeris-Belanda telah dibuat pada 17 Mac 1824 atas tujuan menamatkan
persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu.
SYARAT-SYARAT PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA
1824:-
1. Belanda
menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka (serta semua jajahan takluknya)
kepada British.
2. British
menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu (Bengkulen) dab semua kawasan
keupayaan SHTI di sumatera kepada Belanda.
3. Belanda
berjanji tidak campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian
dengan pemerintahan tempatan di Tanah Melayu.
4. British
dan Belanda bersetuju bekerjasama dalam
urusan perdagangan dan menghapuskan
kegiatan lanun.
KESAN-KESAN PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA
1824:-
a) Pembahagian
Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh.
b) Perpecahan
Empayar Johor-Riau.
c) Persaingan
kuasa antara Belanda dan British semakin sengit.
NEGERI-NEGERI SELAT (NNS):-
Ø Penguasaan
British di Tanah Melayu bermula dengan penempatan British di Pulau Pinang pada
11 Ogos 1786 dan Singapura pada 6 Februari 1819.
Ø Pada
tahun, 1832 pusat pentadbiran NNS di Pulau Pinang dipindahkan ke Singapura.
Ø Pentadbiran
NNS ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di Calcutta, India.
PERLUASAN KUASA:-
Ø Sejak
penubuhan, British tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal
negeri-negeri melayu. Dasar tidak campur tangan ini disebabkan oleh beberapa
factor seperti:-
a) British
menghadapi dahagi (penentangan terhadap pemerintahan) di India.
b) Bimbang
timbulnya konflik dengan Siam yang mendakwa negeri-negeri Melayu di utara
adalah di bawah naungannya.
c) Campur
tangan akan meningkatkan kos sekirannya berlaku peperangan.
PERISTIWA CAMPUR TANGAN BRITISH:-
a) Perebutan
takhta kesultanan Johor antara Tengku Hussain dengan adiknya Tengku Abdul
Rahman.
b) Penentangan
Penghulu Naning, iaitu Abdul Said (Dol Said) terhadap cukai 1/10 daripada hasil
tanaman yang dikenakan yang dikenakan British ke atas penduduk Naning.
c) Perjanjian
Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam pada 20 Jun 1826 yang
membenarkan para perdagang British menjalankan urusannya di Kedah, Perak,
Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancaman Siam.
SISTEM RESIDEN:-
Ø Sistem
residen telah diperkenalkan di Tanah Melayu semasa perjanjian Pangkor, iaitu
pada 20 Januari 1874.
Ø Perjanjian
Pangkor merupakan permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran di
negeri-negeri Melayu.
MASALAH KEMASUKAN RESIDEN DI TANAH MELAYU:-
a) Perang
saudara antara pembesar dalam perebutan takhta dan kawasan.
b) Pergaduhan
antara kongsi gelap.
c) Kegiatan
lanun di Selat Melaka.
JEPUN:-
Ø Perang
Dunia Kedua bermula di Eropah apabila tentera
Nazi Jerman menyerang Poland pada bulan September 1939. Seterusnya,
Jerman berjaya menakluki Belanda dan Perancis menjelang pertengahan tahun 1940.
Kuasa
Berikat/Bersekutu
·
Britain
·
Perancis
·
Rusia
·
Amerika Syarikat
Kuasa
Paksi/Pusat
- Jerman
- Austria
- Itali
- jepun
Ø Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu pada 8 Disember 1941.
Ø Pertahanan laut British menjadi lemah, terutamanya apabila kapal tentera laut British, iaitu HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang bertugas untuk mengawasi Pantai Timur Tanah Melayu dibom oleh tentera Jepun pada 10 Disember 1941.
FAKTOR KEJAYAAN JEPUN:-
a) Persediaan perang
yang rapi dan teratur oleh Jepun.
b) Kelengkapan
perang yang canggih.
c) Strategi
peperangan yang sesuai.
d) Pakatan
kerjasama dengan Siam.
e) Jepun
menggunakan pelbagai slogan ‘Asia untuk Asia’.
GERAKAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU:-
Ø Parti
Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun1930 atas arahan pertubuhan Komunis
Antarabangsa yang dipengaruhi oleh Rusia.
1.2 PROSES KEMERDEKAAN
1.2.1 KESATUAN MALAYA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 setelah dijajah oleh kuasa asing. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaa Tanah Melayu telah ditadbir oleh British. Tanah Melayu juga telah diduduki oleh Jepun selama 4 tahun dari tahun 1941 hingga 1945. Sebelum mencapai kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan darurau selama 10 tahun disebabkan serangan Parti Komunis Malaya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaaan di Tanah Melayu. Bermula dari tahun 1951 hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
LANGKAH LANGKAH DILAKUKAN:
-Mengwujudkan Sistem Ahli
1951 .
-Sistem ahli 1951
merupakan usaha penting dalam mewujudkan perpaduan
-Wujud kerjasama antara kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan pada peringkat tertinggi
-Sistem Ahli
mestilah berwarganegara
Tanah Melayu dan menjalankan tugas-tugas bertaraf menteri.
-Perkembangan parti politik dan perjuangan kemerdekaan
-Mengadakan pilihan raya.
Antara asas perlembagaan yang
dipersetujui
-ketua negara adalah yang
diPertuan Agung
-Raja sebagai ketua di negeri masing-masing.
-Keistimewaan
orang melayu dijamin oleh perlembagaan.
-Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan.
-kerakyatan yang
sama rata
-Bersidang 118
kali
-Menerima 130
Memorandum
-Memorandom terbaik daripada parti perikatan dan MMR
-Bantahan daripada parti-parti politik,
orang perseorangan
-Kemuncak bantahan>kongres kebangsaan Melayu 1957
1.2.2 PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA
Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya . Setelah mencapai kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei
1.3.1 IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA
1.3.2 REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN
WILAYAH DAN NEGARA YANG TERLIBAT
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
SINGAPURA
SARAWAK
SABAH
BRUNEI
BRITISH
INDONESIA
FILIPINA
SINGAPURA
SARAWAK
SABAH
BRUNEI
BRITISH
INDONESIA
FILIPINA
1.3.3 PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
1.3.4 PENYINGKIRAN SINGAPURA
Terdapat 4 punca pertikaian antara Malaysia dengan Singapura iaitu:
- Masalah politik
- Isu perkauman
- Konsep "Malaysian Malaysia"
- Masalah ekonomi